Sunday, August 15, 2010

Individu pertama guna dirham

Individu pertama guna dirham

KOTA BHARU - Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Mimi Aminah Wan Nordin, 27, antara individu yang terawal menggunakan sistem dinar dan dirham yang diperkenalkan Kerajaan Kelantan, Khamis lalu.

Ketika ditemui di Pasar Siti Khadijah, semalam, Mimi Aminah berkata, beliau menyokong sepenuhnya penggunaan dinar dan dirham yang digunakan pada zaman pemerintahan Islam kerana dapat menjauhi amalan riba yang berlaku dalam sistem mata wang biasa.

“Kita mengetahui kita didedahkan dengan amalan riba yang berlaku dalam sistem mata wang biasa, bila mengetahui Kerajaan Negeri yang mahu menggunakan sistem dinar saya teruja untuk mempraktikkannya,” katanya yang mengajar dalam bidang kejuruteraan.

Dua hari lalu, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat, melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian, termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima

dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.

Terdahulu, PMBK mengadakan sesi penerangan kepada peniaga di Pasar Siti Khadijah berkenaan penggunaan mata wang tersebut dalam urusan jual beli.

Mimi berkata, masa depan penggunaan dinar dan dirham cerah memandangkan ia telah terbukti berjaya semasa diamalkan semasa pemerintahan Islam satu ketika dahulu.

Sementara peniaga kain, Rohasliza Ibrahim, 30, berkata, dia tidak bermasalah malah teruja untuk menggunakan dinar dan dirham bagi tujuan perniagaannya.

Namun katanya, sistem itu perlu dipromosikan kerana ramai lagi usahawan serta orang ramai tidak mengetahui prosedur yang patut digunakan dalam urusan jual beli menggunakan amalan tersebut.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story8064517.asp


glitter-graphics.com

3 comments:

Anip™ said...

menarik infi nie..hehe..
cmne la ye nk gune sistem mcm tu yer..

iqbalsyarie said...

Menarik!moga dapat menjadi contoh bagi negeri2 lain~
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)Cerita terbaru di blog.kisah si tudung labuh~

ishiko said...

wauww... i blk klantn nanti kena guna dinar/dirham la ni??? hehehee..