Monday, October 11, 2010

myMetro | 12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan enam kenderaan

salam korang semua..
terlebih dahulu
takziah cik itam ucapkan kepada keluarga mangsa
sedang kita hepy2 ari ni ngan tarikh yang cantik n macam2 majlis org wat hari ni..
10/10/10
sape xnk simpan kenangan indah kn..

tp ad jugak keluarga yang dapat kenangan pahit lagi menyakitkan.
skarang layan lah brite ni..
first bce berita ni.. mmg terkejut habes-habesan(btol ke ayat ni)



DAHSYAT...keadaan kereta yang dihempap bas ekspres.

REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini, petang tadi.

ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki
laluan bertentangan.

Bas terbabit kemudian melanggar sebuah van dan menghempap dua kereta lain

sebelum melanggar bahagian tepi bas Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menuju ke
selatan.

Sebuah kereta lagi turut terbabit dalam kemalangan itu, namun pemandu dan
penumpangnya selamat.

Setakat ini, kesemua mangsa belum dapat dikenal pasti.


Semua mangsa yang meninggal dunia dan cedera dihantar ke tiga hospital
berasingan iaitu Hospital Tampin, Hospital Tuanku Ja'afar dan Hospital Melaka.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua
hala.-Bernama

2 comments:

lan_ax said...

kesiannyer..
http://www.duitlama2u.blogspot.com/

::::.cik itam..:::: said...

makin ramai yang meninggal..
takziah tuk family mangsa