Friday, October 15, 2010

Remaja Nepal jadi lelaki paling pendek









POKHARA, Nepal - Seorang remaja Nepal, Khagendra Thapa Magar diisytiharkan sebagai lelaki paling pendek di dunia oleh seorang pegawai Guinness Book of World Records, Marco Frigatti semalam.'Magar yang setinggi 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5 kilogram (kg) mengambil alih gelaran itu daripada Edward Nino Hernandez dari Colombia yang setinggi 70sm.

Dia diumumkan sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas umurnya genap 18 tahun sekali gus menepati syarat Guinness Book of World Records yang hanya menyenaraikan individu berumur 18 tahun ke atas sebagai pemegang rekod dunia.Majlis pengisytiharan itu diadakan di sebuah hotel di Pokhara barat Kathmandu, Nepal.Semasa dilahirkan, beratnya cuma 600 gram.Pada tahun depan, dia menjadi duta muhibah yang dilantik pemerintah sempena Tahun Melawat Nepal."Saya sangat gembira dan teruja," kata Magar yang merupakan anak seorang penjual buah-buahan.Dia mempunyai adik lelaki berusia 13 tahun yang mempunyai ketinggian normal.Doktor-doktor tempatan gagal menjelaskan punca yang menyebabkan tubuh Magar tidak membesar.Dr. Hum Prasad Newpane yang menjadi doktor Magar sejak lima tahun lalu berkata, struktur tubuh remaja itu seperti budak tiga tahun dan dia berfikir serta berkelakuan seperti kanak-kanak. - AP

sumber kosmo online: klik sini

sedikit tentang magar:::

Born in the remote Baglung District 125 miles from the capital Kathmandu, he weighs only 10lbs, Khagendra Thapa Magar has become a celebrity of sorts in his native Napal, where politicians are calling for him to be recognised officially as the smallest in the world.

Weighing only 10lbs, Khagendra has become something of a celebrity in his native Nepal, where politicians have joined the clamour to see him recognised as the smallest man in the world

Khagendra wants to be named as the world's smallest man so that he can fulfil his dream of visiting the United States of America; says Khagendra, "I can show off my dancing moves and I can show people how good I am at karate". Good boy! we are looking forward to see your talent

cik itam cakap:::
eiiiii~~~ tecik nyer die... kalau ada dekat ni nak picit2 je die ni...
ahaks..
kecik kn.. siap leh msuk lam beg n bwak g jejalan.. cm handbag plak..

No comments: