Sunday, October 30, 2011

4 tanda sekiranya wanita telah jatuh cinta


4 tanda sekiranya wanita telah jatuh cinta.

Pandangan mata-

Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.

Senyuman-

Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia sekiranya anda ingin memulakanperbualan.

Perbualan-

Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Bahasa tubuh-

Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda. Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

sumber:http://www.top5reason.com/index.php/4-tanda-wanita-jatuh-cinta/

so, peka lah sikit  kat orang sekeliling~~~

3 comments:

miSs aMaL said...

wah...btol ke?ye kot..hikhik

aku_azreen said...

biarlah cinta itu berkata2..hahaha

Salwa said...

Hihi. So true ;b